Tuesday, July 2, 2013

Polis Terengganu Sedia Hadapi PRK

Polis Terengganu sudah bersiap sedia dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang dijangka bakal diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd. Jamil berkata, ia tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan tarikh sesuai untuk mengadakan PRK berkenaan.

"Kontinjen Terengganu mempuyai sumber tenaga modal insan kira-kira 3,300 pegawai dan anggota. Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi dalam menghadapi PRK ini nanti.

“Pihak polis sentiasa bersiap sedia menghadapi PRK bagi memastikan suasana aman dan selamat walaupun ia mungkin diadakan pada bulan puasa.

Bagaimanapun jika keanggotaan tidak mencukupi kita akan meminta bantuan dari Bukit Aman,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment