Wednesday, July 24, 2013

PRK Kuala Besut: - Sehingga Jam 5 Petang, 13,188 Orang Keluar Mengundi


Proses pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga jam 5 petang menyaksikan seramai 13,188 pengundi atau 79.76 peratus sudah keluar mengundi.

Tujuh pusat pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ditutup pada 5 petang ini.

Pusat pengundian itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut; Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut; SK Alor Peroi; SK Kampung Nangka, SK Kampung Nail, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri. Pusat pengundian di Pulau Perhentian iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian ditutup pada 3 petang.

Kesemua pusat pengundian dibuka pada 8 pagi ini.

Keputusan rasmi PRK Kuala Besut dijadual diketahui selepas pukul 10 malam ini bagi memberi peluang kepada pemimpin serta penyokong parti bertanding menunaikan solat Tarawih.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

No comments:

Post a Comment