Tuesday, July 23, 2013

Projek Ambil Masa Bukan Projek Segera - Shafie Apdal

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan PAS kononya projek-projek yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan projek segera sebagai umpan meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

Beliau berkata projek-projek di kawasan itu telah lama dirancang tetapi mengambil masa untuk dilaksanakan kerana memerlukan kajian terlebih dahulu.

Beliau merujuk kepada projek mendalamkan muara Sungai Besut dan membina benteng pemecah ombak bernilai RM250 juta serta pembaikan Empangan Lowvier berharga RM35 juta di Pangkalan Nangka yang rosak sejak tahun lepas.


Mohd Shafie, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian dividen Risda bagi negeri Terengganu di Masjid Haji Hussain, Kampung Baru di Kuala Besut, semalam.

Beliau juga menafikan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN tidak menunaikan janji apabila ia tidak membina projek berkenaan untuk menyelesaikan masalah penduduk di Kuala Besut dengan lebih awal.
"Takkan kita baru umum ia dah nak berdiri? Ia (projek itu) mengambil masa... Tapi bila mereka (pembangkang) berjanji nak buat lebuh raya, sampai la (sekarang) ni pun tak buat-buat lagi," katanya.

No comments:

Post a Comment