Wednesday, July 3, 2013

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 8 Julai Ini

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

Pontian Kecil, Johor; - Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; - Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; - Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; - Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; - Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Lokasi lain ialah: - Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; - Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; - Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; - Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; - Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; - Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; - Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; - Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; - Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; - Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan; - Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan; - Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan; - Tanjung Lubang, Miri, Sarawak; - Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; - Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak; - Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; - Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang; - Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang; - Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; - Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; - Menara Kuala Lumpur; - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan - Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

No comments:

Post a Comment