Pengerusi Jawatankusa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata mereka termasuk 63 pemain profesional dari negara seperti Australia, Scotland, Thailand, Korea, Jepun dan Singapura.
Penganjuran acara berprestij ini secara tidak langsung turut memperkenalkan Terengganu kepada dunia mengenai kemudahan golf yang ada di negeri ini, katanya kepada pemberita selepas perasmian kejohanan itu di Resorts World Kijal, kelmarin.
Perasmian dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Menurut Mohd Jidin, acara itu juga dapat mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2013 kepada peserta luar negara.
No comments:
Post a Comment