Tuesday, August 20, 2013

Ops Cantas: Polis Tahan 200 Individu

Polis menahan 200 orang dalam operasi besar-besaran dipanggil Ops Cantas di seluruh negara sejak Sabtu lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, operasi itu bagi mengesan bekas banduan di bawah Ordinan Darurat.

"Mereka yang ditahan sedang disiasat menurut Akta Pencegahan Jenayah dan boleh ditahan sehingga 72 hari dan selepas itu kes dikemukakan di mahkamah," kata Khalid pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang, semalam.

"Bermula Sabtu lepas, kita mulakan satu gerakan operasi besar-besaran terhadap geng kongsi gelap, sarang-sarang pengedar dadah, sekatan jalan raya dan pemeriksaan mengejut di pusat hiburan serta restoran 24 jam yang menjadi tempat berhimpun kumpulan-kumpulan kongsi gelap," katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang berunding dengan Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan perintah sekatan dengan menggunakan alat pemantau elektronik pada mereka yang ditahan.

"Kita juga mahu pelanggaran di bawah Akta Pencegahan Jenayah dianggap satu kesalahan serius yang boleh dikenakan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada pesalah," katanya.

No comments:

Post a Comment