Thursday, August 22, 2013

PBT Terengganu Diarah Pertingkat Pemantauan Restoran

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Terengganu diarah mempertingkatkan pemantauan terhadap restoran dan kedai makan bagi menangani masalah kebersihan yang sering dirungut oleh pelancong.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu Mohd Mahdi Musa berkata pihaknya menerima aduan mengenai tahap kebersihan kurang memuaskan di premis makanan di beberapa kawasan tumpuan pelancong.

"Antara yang menjadi rungutan ialah lalat banyak, pinggan mangkuk tidak bersih serta persekitaran kedai yang kotor," katanya kepada pemberita, kelmarin.

Beliau juga berharap Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengambil langkah serupa terhadap pengendali makanan di kantin sekolah di negeri itu.

"Walaupun tiada kes terbaharu melibatkan keracunan makanan di kantin sekolah sepanjang tahun ini, saya berharap jabatan akan sentiasa memantau mereka dari masa ke semasa," katanya.

No comments:

Post a Comment