Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bakal berdepan empat pencabar dalam persaingan merebut jawatan utama sayap itu pada pemilihan parti Oktober ini.
Selain Khairy yang mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, empat lain yang menawarkan diri merebut jawatan itu ialah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Syed Rosli Syed Harman Jamallulail dan Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.
Dua lagi pencabar Khairy ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Abd. Karim Ali serta Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak Khalid Izhar.
Pengumuman mengenainya dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas tempoh penyerahan borang pencalonan tamat pada pukul 5 petang semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.
Pada pemilihan UMNO 2009, Khairy yang kini Menteri Belia dan Sukan berdepan saingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir yang kini Menteri Besar Kedah dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo untuk jawatan utama pergerakan itu.
Sementara itu, jawatan Naib Ketua Pemuda pula juga menyaksikan pertembungan empat pemimpin dalam kalangan Exco sayap iaitu Lokman Noor Adam, Khairul Azwan Harun, Jamawi Jaafar dan Mohd. Iruan Zulkefli yang menawarkan diri bersaing dalam pemilihan parti kali ini.
Kj terbaik
ReplyDeleteKJ !! KJ !! KJ !!
ReplyDeletePemuda Sokong KJ !!