Sunday, October 20, 2013

UMNO 2013: Mukhriz Puas Hati Atas Sokongan Perwakilan


Calon Naib Presiden dalam pemilihan UMNO 2013, Datuk Mukhriz Mahathir berpuas hati atas sokongan yang diberikan perwakilan sehingga membolehkan beliau memberikan saingan sengit kepada penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Ini adalah pertama kali saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Apabila dilihat sokongan berdasarkan undi yang diperolehi, ia adalah satu kejutan buat diri saya," katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika menjawab soalan media selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Ahli Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013.

Walaupun kalah dalam pemilihan mengikut sistem "electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishammuddin dari segi undi popular. Beliau mendapat 55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi.

No comments:

Post a Comment