Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyiasat dakwaan pemborong ikan di Pasar Borong Kuala Lumpur mengenai isu kenaikan caj tong ikan yang dikenakan oleh pengimport.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu, buat masa ini pihaknya tidak mengetahui mengenai isu caj tong ikan tersebut dan akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu secepat mungkin.
"Kita kena pastikan terlebih dahulu isu ini sama ada tong tersebut tong yang dibuat di dalam negara ataupun tidak dan atas sebab apa ia (harga) dinaikkan?
"Saya akan dapatkan maklumat lanjut da- ripada pihak-pihak yang berkenaan berhubung isu ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment