Sunday, October 6, 2013

Sifar Jenayah Berat - Ahmad Zahid Puji Rakyat, NGO Terengganu

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi., berkata kerjasama padu pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) berjaya meletakkan Terengganu sebagai negeri sifar jenayah berat.

Komitmen tinggi rakyat di negeri ini yang memberi kerjasama kepada polis dalam membanteras jenayah seumpama itu turut membantu Terengganu berada pada kedudukan itu.

Beliau menyatakannya ketika ditemui pada majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Kuala Terengganu, semalam.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut berkata, kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan perkhidmatan PDRM di negeri ini.

Ini termasuk membina kompleks baharu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

"Mengikut perancangan, kompleks baharu itu akan dibina di satu lokasi di kawasan pentadbiran baharu negeri di Kuala Nerus dengan anggaran kos kira-kira RM200 juta," katanya.

No comments:

Post a Comment