Monday, October 7, 2013

Sultan Mizan Juara Kejohanan Kuda Lasak Terengganu


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin muncul juara buat kali pertama Kejohanan Kuda Lasak Terengganu Piala Sultan Mizan di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong semalam.

Baginda mencatat sejarah apabila berjaya merekod masa terpantas semenjak kejohanan diadakan apabila mengambil masa 6 jam 36 minit 28 saat untuk menamatkan pertandingan.

Baginda yang menunggang kuda bernama Persika Ar Gow menamatkan pertandingan sejauh 120 kilometer ini kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dengan kelajuan 23.25 kilometer sejam.


Baginda memperoleh wang tunai AS$5,000 (RM15,912) piala pusingan dan piala iringan dengan mengalahkan 48 peserta lain.

Tempat kedua dimenangi Asri Abd Aziz dari Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) manakala tempat ketiga Mohd Sulaiman Muda juga dari RTES.

Kategori Kuda Terbaik juga dimenangi Sultan Mizan apabila Persika Ar Gow diumum sebagai pemenang manakala kategori berkumpulan juga dimenangi kumpulan baginda iaitu RTES.

Hadiah disampaikan Sultanah Nur Zahirah dan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

No comments:

Post a Comment