Thursday, October 10, 2013

Terengganu Bebas Dari Fahaman Syiah - Exco Ghazali Taib

"Saya mengesahkan bagi pihak kerajaan negeri, bahawa negeri Terengganu bebas dari fahaman syiah," tegas Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas, Ghazali Taib. 

Kerajaan negeri turut menegaskan tiada individu yang terlibat dan ditangkap berkaitan dengan fahaman Syiah di Terengganu.

"Terengganu bersih dari fahaman ini dan penyebaran risalah pula hanya satu provokasi untuk dilihat seolah-olah Syiah itu berada di Terengganu.



"Tidak ada satu tempat pun di seluruh daerah di negeri ini yang mempunyai kegiatan syiah dan tidak ada seorang pun umat Islam di negeri ini yang mengamalkan fahaman ini, semuanya mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Beliau berkata, enakmen di negeri ini cukup jelas serta tegas dan tidak mungkin fahaman ini akan ada di negeri ini. Ghazali bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Netbook 1Malaysia di Institut Al-Quran Terengganu (IQ Terengganu) di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment