Friday, October 18, 2013

Tiga Beranak Maut Dalam Kemalangan Kereta-Lori Tangki Di Lebuhraya KL-Karak


Sepasang suami isteri yang bertugas sebagai anggota tentera dan anak perempuan mereka terbunuh selepas kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki di KM49.0 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bukit Tinggi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata ketika-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah pemandu Perodua Alza, Jiman Raup, 32, yang berasal dari Labuan, isterinya Nik Zaieyahaliza Ya, 29, dari Terengganu dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, Nurul Damia. 

Beliau memberitahu Bernama kemalangan berlaku kira-kira pukul 7 pagi apabila kenderaan yang dipandu Jiman dari Terengganu ke Kuala Lumpur bertembung sebuah lori tangki tanpa muatan yang menghala ke Pantai Timur.

Sementara itu, pemandu lori yang hanya dikenali sebagai Abd Rahman, 38, tidak mengalami sebarang kecederaan. Mohamad Mansor berkata pasangan anggota tentera itu bertugas di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment