Thursday, November 28, 2013

Aishah Diburu Sejak Tahun 70-an, Kakak Mahu Jumpa Sebelum Mati

Gambar lama Aishah sebelum wanita itu hilang pada tahun 1968. 
Mengesahkan identiti wanita itu yang diselamatkan pada 25 Oktober lalu di London sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, Khalid berkata, wanita itu terlibat dalam aktiviti pelampau komunis berhaluan kiri.

"Aishah ketika itu ialah aktivis mahasiswa berhaluan kiri dan dipercayai ke London untuk melanjutkan pelajaran. Dia seorang daripada penuntut pelampau berhaluan kiri pada zaman 1970-an dahulu dan kegiatan mereka berpusat di London.

"Pada masa itu London bebas, bebas bersuara, bebas segala-galanya, jadi dia berpusat di sana. Jadi masa 70-an kita memang nak (tangkap) dia tapi dia dah pergi ke sana," kata beliau pada sidang akhbar semalam selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah, Februari lalu.
Kakak Aisha

Rakyat Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London ialah individu yang dikehendaki pada tahun 1970-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar



Sementara kakak Aishah mahu berjumpanya sebelum mati.

Rindu Hasnah Abdul Wahab, 88, untuk berjumpa semula adiknya yang terpisah sejak 30 tahun hampir menjadi kenyataan apabila wanita itu ditemui semula di London pada 25 Oktober lalu.

"Saya tahu ini adik (Aishah) saya, saya kenal dan masih ingat sangat dengan Aishah.

Aishah sangat bijak dan bersekolah di Kolej Tunku Kurshiah di Seremban dahulu," kata warga emas itu sambil memegang sekeping gambar lama Aishah yang merupakan adik kesebelas daripada 12 adik-beradik. 

Hasnah yang ditemui di Kampung Binjai, Kuala Klawang, kini menaruh harapan untuk berjumpa semula Aishah, 69, sebelum dia meninggal dunia.

"Saya berharap dapat bersatu semula dengan Aishah dan adik-beradik lain sebelum pejam mata," kata Hasnah.

Kosmo! semalam melaporkan misteri seorang wanita yang menjadi hamba selama 30 tahun di London terungkai apabila seorang pesara guru dari Jelebu mengesahkan wanita itu merupakan adiknya yang hilang selama 30 tahun.

No comments:

Post a Comment