Wednesday, November 6, 2013

Derita Barah Pangkal Rahim Peringkat Akhir Azizah Semakin Kronik...


Mana-mana pihak yang bersimpati dengan nasib Azizah, boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun CIMB Bank 1305- 0051629-52-7 atau menghubungi 013-9983547 (Norjeihan).

“Dulu berat badan mak 52 kilogram, tapi sekarang susut mendadak jadi 40 kilogram sebab dia hilang selera makan dan hanya minum susu melalui tiub.”

Demikian luahan Norjeihan Azmi, 19, yang sudah kering air mata melihat penderitaan ibunya, Azizah Ahmad, 40, yang menghidap barah pangkal rahim peringkat akhir.

Azizah yang juga seorang ibu tunggal, kini hanya terlantar dengan badan semakin kurus sejak disahkan menghidap penyakit kronik itu, Januari lalu

 Lebih memilukan, mata kanan Azizah kini tidak dapat melihat dan bertukar bengkak, gara-gara sel kanser mula menyerang bahagian wajah.

Norjeihan yang juga anak sulung dua beradik berkata, kesihatan ibunya merosot selepas pembedahan dilakukan untuk buang barah ketika kanser masih pada tahap dua.

“Semasa pembedahan, doktor maklumkan kanser merebak pada kelenjar tubuh mak. Jadi, kanser tidak dapat dibuang dan tempat dibedah dijahit semula.

Waktu itu doktor tidak dapat kesan, sebenarnya kuman tibi yang merebak dan bukan sel kanser. “Saya dan adik reda dengan ujian ini.

Selepas bedah, kesihatan mak makin teruk kerana buah pinggang mula bengkak, tiada selera makan dan tak boleh buang air kecil,” katanya ketika menerima kunjungan KRT dan Jiran Wanita Kampung Paya Berenjut yang turut menyampaikan bantuan berupa hamper erta barangan keperluan harian di rumahnya, kelmarin. 

Norjeihan berkata, hospital ibarat rumah kedua ibunya apabila kerap masuk wad di Hospital Kemaman dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, sebelum ibunya dibenarkan pulang berikutan semakin uzur.

Keadaan itu menyebabkan adiknya, Norazeiman, 17, terpaksa berhenti sekolah untuk membantu menguruskan ibu mereka.

“Luluh hati saya lihat mak begini, air mata pun dah kering. Mak masih boleh cakap, tapi sangat perlahan. Saya dan adik sentiasa ada di sisi mak sebab dia cepat lenguh pinggang dan pinggul apabila lama terbaring,” katanya.

Norjeihan sudah berkahwin, manakala bapa mereka meninggal dunia 14 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment