
Beliau berkata amalan Syiah jelas melanggar hukum-hakam dari segi penyelewengan akidah, syariat dan akhlak yang bertentangan dengan empat mazhab yang dianuti umat Islam seluruh dunia.
"Antara fahaman Syiah termasuk tidak mewajibkan sembahyang Jumaat dan membenarkan nikah mutaah," katanya ketika menyampaikan ceramah kepada para imam dan bilal serta anggota jawatankuasa masjid Daerah Besut di Masjid Hadhari di Jertih semalam.
Zulkifly meminta semua pihak yang sayangkan Islam supaya segera melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya tahu terdapat gerakan untuk memperkembangkan Syiah di negeri ini.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini amalan syiah tidak dikesan di Terengganu walaupun sejumlah 1,500 penduduk negara yang dilaporkan bergiat aktif dengan Syiah setakat ini.
No comments:
Post a Comment