Sunday, November 24, 2013

Naib Presiden PAS - Mahfuz Kalah Tipis Kepada Husam


Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar gagal menempatkan diri dalam senarai tiga naib presiden dalam pemilihan parti itu yang berlangsung pada Jumaat apabila memperoleh 504 undi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, itu tewas kepada Datuk Husam Musa dengan hanya 16 undi yang berada di tangga ke tiga. Husam yang juga penyandang jawatan itu sejak pemilihan 2011 mendapat 520 undi.

Seorang lagi penyandang, Salahuddin Ayub mendahului senarai naib presiden selepas mendapat undi tertinggi iaitu sebanyak 920 undi.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat undi kedua tertinggi dengan mendapat 849 undi.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira pukul 10.50 pagi ini.

Seorang lagi calon yang tewas bagi jawatan itu ialah Datuk Abu Bakar Chik yang mendapat 364 undi. 

Keputusan saingan naib presiden hanya diumumkan pada Ahad selepas pengiraan semula berikutan terdapat pertindihan jumlah undi yang diperoleh calon yang bertanding.

Senarai Keputusan Penuh Pemilihan PAS Abdul Hadi kekal sebagai presiden, menang tanpa bertanding.

Timbalan Presiden Mohamad Sabu - 588 undi

Naib Presiden 1. Salahuddin Ayub - 920 undi 2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - 849 undi 3. Datuk Husam Musa - 520 undi

Ahli jawatankuasa kerja: 1. Idris Ahmad - 927 undi 2. Datuk Dr Amiruddin Hamzah - 679 undi 3. Dr Zulkefly Ahmad - 610 undi 4. Datuk Kamarudin Jaafar - 562 undi 5. Khalid Abd Samad - 547 undi 6. Datuk Dr Mahfodz Mohamed - 455 undi 7. Mazlan Aliman - 840 undi 8. Mohamed Hanipa Maidin - 604 9. Dr Mohd Hatta Md Ramli - 649 10. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin - 688 11. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa - 626 12. Nasrudin Hassan - 645 13. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - 627 14. Nik Zawawi Nik Salleh - 518 15. Dr Riduan Mohd Nor - 469 16. Dr Siti Mariah Mahmud - 437 17. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 476 18. Nuridah Salleh - 424.

No comments:

Post a Comment