Thursday, November 21, 2013

Penjara 7 Bulan Ugut Ibu Guna Parang

Seorang anak dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret semalam, selepas mengaku bersalah mengugut dan mengacukan parang terhadap ibunya bagai mendapatkan RM500, pada Ogos lalu. 

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Sufian Roslan, 21, dari Kampung Losong Dato’ Amar dekat Kuala Terengganu.

Muhammad Sufian dituduh melakukan kesalahan itu terhadap ibunya, Zaleha M Hussin, 47, dengan niat menyebabkan mangsa berasa cemas di sebuah rumah di depan kedai makan di Kampung Losong Dato' Amarkira-kira jam 1 tengah hari, pada 15 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut fakta kes, mangsa yang sedang bekerja di kedai makan itu didatangi Muhammad Sufian yang membawa sebilah parang panjang sebelum meminta RM500 daripada mangsa.

No comments:

Post a Comment