Friday, November 29, 2013

Semua Pejabat JPJ Negeri, Cawangan Beroperasi Esok

Semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dan cawangan beroperasi hari ini dan esok bagi menyelesaikan permohonan urusan jabatan itu yang tertangguh berikutan peralihan sistem SIKAP ke sistem mySIKAP.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pejabat JPJ dan cawangan di Kedah, Terengganu dan Kelantan yang sepatutnya tutup kerana cuti mingguan hari ini akan buka seperti biasa manakala pejabat JPJ negeri dan cawangan lain akan beroperasi esok.

Waktu perkhidmatan kaunter JPJ negeri dan cawangan akan beroperasi seperti biasa bermula 7.45 pagi bagi semua perkhidmatan, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata pelaksanaan perkara itu diedarkan kepada semua pengarah JPJ negeri dan ketua cawangan di seluruh negara pada hari ini cawangan di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment