Tuesday, November 12, 2013

Tahanan Reman Remaja Larikan Dua Kereta Di Kawasan R&r Dilanjutkan

Polis mendapat perintah bagi melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari ke atas suspek yang melarikan dua kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi-Ajil, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata tempoh tahanan reman ke atas suspek berusia 17 tahun itu yang diperoleh sebelum ini, tamat semalam.

Beliau berkata pihaknya memohon melanjutkan tempoh tahanan reman suspek bagi melengkapkan kertas siasatan secara terperinci berhubung insiden itu.

"Kita sedang menyiasat secara mendalam kes itu dan sebaik kertas siasatan selesai, kita akan menunggu arahan selanjutnya daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmad Zailani juga berkata setakat ini, kira-kira 10 saksi termasuk mangsa tampil memberi keterangan berhubung insiden itu.

Dua keluarga berdepan detik cemas apabila mereka 'dilarikan' bersama kereta masing-masing oleh seorang remaja lelaki dalam dua kejadian yang berlaku secara berturut-turut bermula di kawasan R&R Bukit Besi-Ajil.

No comments:

Post a Comment