Thursday, December 5, 2013

Banjir: Enam Pelajar KIST Diselamatkan Setelah Terperangkap Di Rumah Sewa

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyelamatkan enam pelajar Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) yang terperangkap selama kira-kira tujuh jam di rumah sewa mereka akibat air naik mendadak di Kampung Bukit Tok Bat di Hulu Terengganu, pagi semalam.

Menurut salah seorang pelajar itu, Fatimah Safiera Mohd. Azmi, 18, dia bersama lima rakan lain menyedari air naik secara mendadak kira-kira pada pukul 6 pagi.

“Pada mulanya, saya perasan air mula naik kira-kira pada pukul 3 pagi tetapi tidak menyangka ia akan naik sehingga paras dada. “Sebelum itu, kami telah dimaklumkan warden bahawa kawasan berkenaan dijangka dinaiki air. Justeru, kami telah mengemas barangan penting untuk diselamatkan,” katanya ketika ditemui semalam.

Fatimah Safiera memberitahu, selepas bangun dari tidur kira-kira pukul 6 pagi dia melihat keadaan air semakin meningkat naik di kawasan rumah berkenaan.

Katanya, bimbang berhubung keselamatan, dia telah me maklumkan kepada warden bahawa air telah naik mendadak di kawasan rumah itu.

“Pada pagi tadi, satu pasukan JPAM bersama sebuah bot telah datang menyelamatkan kami berenam. “Saya bersyukur kerana pihak JPAM telah datang mem beri bantuan kepada kami dalam keadaan banjir semakin buruk di kawasan itu,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai JPAM Daerah Hulu Terengganu, Hishamuddin Abdullah memberitahu, JPAM menerima panggilan kira-kira pada pukul 8 pagi daripada orang ramai berhubung enam pelajar yang terperangkap di rumah me reka.

“Kita telah menggunakan sebuah bot untuk menyela matkan enam pelajar berkenaan dengan dua anggota. “Bagaimanapun, seramai 30 anggota yang terlibat dalam operasi berkenaan dalam memastikan segala barangan yang dibawa di dalam bot dapat diselamatkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment