Thursday, December 5, 2013

Reman Tuhan Harun, 2 Pengikut Disambung Seminggu Lagi

Tempoh tahanan reman ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat dan dua pengikutnya yang sepatutnya berakhir hari ini disambung seminggu lagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata, ini merupakan kali kedua tempoh tahanan reman ketiga-tiga mereka dilanjutkan bagi membolehkan polis meneruskan siasatan.

Harun dan isteri ketiganya Nor Azida Mohd Zol, 30, dan pemandunya, Nor Hairi Harun, 41, ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang, Ahmad Raffli Abdul Majid di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini 10 November lalu.

Ketiga-tiga mereka yang ditahan di Tangkak, Johor, pada 20 Nov lalu kini berada dalam tahanan polis di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Harun yang direman kali pertama bagi siasatan kes tersebut pada 21 November bagaimanapun dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, akibat serangan strok beberapa jam selepas perintah reman dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment