Meryam @ Zainun Kasim, 64, dari Kemaman menglamai kulit betis kiri terkoyak dikatakan akibat terkena jangkitan kuman semasa mengharungi banjir. |
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramanian yang memberikan nasihat itu berkata berdasarkan Prosedur Standard Operasi (SOP) kementerian, semua pegawai kesihatan yang bertugas di pusat pemindahan akan memberi khidmat nasihat dari segi makanan, minuman dan memastikan persekitaran terjamin.
Beliau berkata kementerian menugaskan seorang pegawai kesihatan di setiap pusat pemindahan yang menempatkan 1,000 mangsa.
"Pegawai kesihatan yang bertugas akan melawat pusat itu (pusat pemindahan) tiap-tiap hari. Dari segi kesihatan, kami sudah bersedia dengan SOP dan protokol bag memastikan kami mencegah penularan wabak ketika banjir," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian dana RM500,000 oleh Yayasan Sime Darby untuk program pembedahan epilepsi di Pusat Perubatan Ara Damansara (PPAD) di Subang, semalam.
Program itu merupakan jalinan kerjasama antara PPAD dengan Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur dan pesakit terpilih akan dibiayai menjalani pembedahan itu.
Mengulas mengenai kejadian siling runtuh di kuarters yang menempatkan kakitangan hospital Serdang Isnin, Dr Subramaniam berkata pihaknya sedang mengesahkan laporan itu.
"Saya telah mengarahkan hospital dan Pengarah Kejuruteraan di kementerian melakukan pemeriksaan harian terhadap siling hospital di Serdang dan memberin laporan kepada saya dan kami akan menggantikannya apabila diperlukan," katanya.
No comments:
Post a Comment