Monday, December 2, 2013

Kaji Undang-Undang Hina Institusi Raja

Jabatan Peguam Negara sedang mempertimbangkan undang-undang baru bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu yang menghina institusi Raja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata tindakan melampau sesetengah individu yang bertindak sedemikian wajar dikenakan hukuman lebih berat.

Kita sedang mengkaji perkara itu secara terperinci dan kami akan tentukan sama ada undang-undang khas untuk kesalahan menghina Raja perlu digubal atau sebaliknya.


Saya juga bimbang kerana perbuatan menghina institusi Raja semakin berleluasa dan orang ramai seolah-olah tidak menghormati organisasi dibentuk Perlembagaan, katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM), Datuk Khairul Anwar Rahmat, mencadangkan hukuman penjara mandatori dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah menghina institusi Raja.

No comments:

Post a Comment