Pasukan Petronas Penapis B muncul juara kejohanan sepak takraw antara regu Piala Presiden 2013 setelah mengalahkan regu Sukma B dalam pertandingan akhir di Stadium Tertutup di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.
Petronas Penapis B menang dengan mata 15-13, 9-15 dan 15-12.
Sebanyak 26 regu mengambil bahagian dalam kejohanan selama dua hari itu yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan sepak takraw.
Kejohanan dianjurkan bersama Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT), kerajaan negeri dan Majlis Sukan Negari (MSN).
Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, naib juara RM1,000 dan tempat ketiga RM500.
Hadiah-hadiah disampaikan Presiden PSTNT Mohd Shapian Ali.
No comments:
Post a Comment