Saturday, December 21, 2013

PTPTN Sediakan Beg Sekolah RM100,000 Untuk Bantu Mangsa Banjir

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dalam proses menyampaikan sumbangan beg sekolah bernilai RM100,000 kepada 1,900 keluarga mangsa banjir.

Ia dilakukan melalui Misi Sukarelawan PTPTN di negeri terjejas banjir iaitu Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan. "Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi," kata Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah tentang misi itu yang dilancarkan di ibu negara semalam.

Menurutnya, Misi Sukarelawan PTPTN yang pertama berada di Temerloh, Pahang pagi ini untuk menyampaikan sumbangan kepada 100 keluarga mangsa banjir di kawasan berkenaan.

No comments:

Post a Comment