Saturday, December 21, 2013

Rekod Mengagumkan Malaysia Basmi Kemiskinan


Malaysia terima pujian daripada Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) kerana pencapaiannya mengagumkan dalam membasmi kemiskinan sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

Hari ini, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana hujung tinggi bersama indeks pembangunan manusia yang tinggi. Pelapor Khas PBB Hak Bagi Makanan, Olivier De Schutter berkata, antara 1995 dan 2012, insiden kemiskinan agregat rakyat Malaysia dikurangkan daripada 8.9 kepada 1.7 peratus dan kemiskinan bandar berkurang daripada 3.7 peratus kepada 1.0 peratus.

Kemiskinan luar bandar, satu kebimbangan utama pada satu ketika dahulu, berjaya dikurangkan daripada 15.3 peratus kepada 3.4 peratus.

“Jurang pendapatan dalam kalangan 13 buah negeri di Malaysia dan tiga Wilayah Persekutuan juga berkurang. Negeri termiskin, Sabah menyaksikan pengurangan ketara dalam kadar kemiskinan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 6.1 peratus pada 2012.

“Bilangan mereka hidup dalam kemiskinan tegar, tidak dapat memenuhi keperluan makanan asas telah berkurang daripada 0.7 peratus pada 2009 kepada 0.2 peratus pada 2012,” katanya pada persidangan media mengakhiri lawatan beliau ke negara ini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment