Thursday, December 26, 2013

Terengganu Sedia Lebih RM70,000 Sebagai Insentif Kepada Atlet Sukan SEA

Kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan lebih RM70,000 untuk diberi sebagai insentif kepada atlet negeri itu yang menyumbang pingat negara semasa Sukan SEA Myanmar baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata bagi atlet yang memenangi emas, mereka akan menerima ganjaran RM2,500, perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,500).

Diharap dengan pemberian insentif ini akan menjadi suntikan semangat kepada mereka untuk lebih gigih dalam kejohanan-kejohanan lain pada masa akan datang, katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu, hari ini.

Mengulas perkembangan berkaitan, beliau berkata kerajaan Terengganu memperuntukkan lebih RM25 juta untuk pembangunan sukan negeri itu tahun depan.

No comments:

Post a Comment