Thursday, December 26, 2013

TSG Guna Khidmat Dua Pelumba Import


Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) akan menggunakan khidmat dua pelumba import bagi menghadapi kejohanan lumba basikal antarabangsa tahun depan.

Jurucakap TSG berkata salah seorang daripada pelumba itu berasal dari Uzbekistan dan seorang lagi dari Belanda yang kedua-duanya merupakan pakar mendaki bukit.

"Kita harap kedua-dua pelumba ini akan dapat membantu kita dalam perlumbaan di Eropah nanti," katanya hari ini.

Sebelum ini TSG pernah menggunakan khidmat pelumba Jepun dan Korea tetapi ditamatkan kontrak mereka atas sebab-sebab tertentu.

Beliau berkata TSG berharap prestasinya akan bertambah mantap dengan kehadiran kedua-dua pelumba itu.

Dalam pada itu, TSG akan mengekalkan sembilan pelumba untuk menghadapi kejohanan musim baharu. Mereka ialah Harris Salleh, Shahrul Mat Amin, Saufi Mat Senan, Zamri Salleh, Sauful Anuar Abdul Aziz, Nor Umardi Rosdi, Nur Amirul Fakhruddin Marzuki, Yusrizal Usoff dan Mohd Zulhilmi Haji Ahmad Zamri. 

Jurucakap itu berkata seramai enam orang bekas atlet Sukma yang berprestasi tinggi akan diserap sebagai pelapis.

Atlet-atlet TSG baru pulang dari kejohanan menjelajah India semalam dan akan menjalani latihan di Sabah awal bulan depan bagi persiapan Le Tour de Langkawi (LTdL).

Beliau berkata seramai 14 pelumba termasuk pelumba import akan menyertai latihan tersebut.

No comments:

Post a Comment