Fatehah, 25, memenangi pingat perak dalam acara keirin setelah ditewas- kan juara Asia, Lee Wai Sze manakala gangsa diraih Sandie Clair dari Perancis. |
Kejayaan tersebut mampu menjadi pembakar semangat buatnya untuk menyertai Kejohanan Trek Dunia di Cali, Colombia pada 26 Februari hingga 2 Mac depan.
Semalam, ratu pecut negara itu melakar sejarah sebagai pelumba wanita pertama melakukannya pada Pusingan Ketiga Piala Dunia Klasik di Guadalajara, Mexico.
Mewakili pasukan Yayasan Sime Darby (YSD), Fatehah, 25, memenangi pingat perak dalam acara keirin setelah ditewas- kan juara Asia, Lee Wai Sze manakala gangsa diraih Sandie Clair dari Perancis.
"Saya memang sangat gembira dengan kemenangan ini kerana telah banyak kali saya mara ke final, namun tidak menang sebarang pingat.
"Sehinggalah hari ini (kelmarin), barulah ada rezeki saya untuk menang. Saya memang puas hati," kata Fatehah kelmarin.
"Sekarang ini saya perlu berusaha lebih kuat memandangkan Kejohanan Dunia akan berlangsung sebulan saja lagi.
"Sudah tentu saya mahu mara ke final dan akan memberi aksi sebaik mungkin kerana saya memang mahu memenangi pingat di pentas dunia," ujarnya.
Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad menjelaskan, kemenangan Fatehah merupakan suatu sejarah baharu bagi arena berbasikal negara.
"Prestasi Fatehah banyak meningkat sejak kebelakangan ini dan saya yakin dia mampu mencapai kemuncaknya pada masa yang tepat pada Kejohanan Dunia bulan depan.
"Pingat perak yang dimenanginya sudah pasti adalah hasil daripada disiplin serta usaha keras yang ditunjukkan selama ini," kata Naim.
No comments:
Post a Comment