Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) mempelawa warga Malaysia yang berminat dalam bidang seni kraftangan untuk menyertai bidang latihan di bawah Program Seni Kraf Warisan di Terengganu.
YDSM dalam kenyataan media hari ini memaklumkan program itu merupakan program latihan seni kemahiran melibatkan pengusaha kraf terpilih Terengganu dengan konsep 'Mentor-Mentee' dan akan mengambil masa selama 18 bulan.
Bidang latihan meliputi seni pertukangan kayu, seni pembuatan batik terap dan batik lukis, seni pembuatan tembaga, seni pembuatan barangan perak, seni pembuatan replika kapal tradisional, seni pembuatan senjata tradisional dan seni pembuatan barangan kulit.
Penyertaan dibuka kepada warga Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada anak jati Terengganu, berusia antara 18 dan 40 tahun serta mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan meminati bidang pertukangan dan keusahawanan.
Borang permohonan boleh didapati di YDSM, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu atau hubungi Penyelaras Projek YDSM, Rose Hasyimah Taha di talian 09-6231131 atau 09-6261131.
Tarikh tutup permohonan ialah pada pukul 4 petang, 6 Feb ini.
Program Seni Kraf Warisan YDSM diperkenalkan sejak 2008 dan bertujuan mengekalkan kesinambungan warisan tradisi produk kraf warisan di kalangan generasi muda di samping membantu mereka mendapatkan pekerjaan atau usahawan dalam bidang itu.
No comments:
Post a Comment