Sunday, January 19, 2014

Kenaikan Kadar Cukai Pintu KT - Demi Perkhidmatan, Selenggaraan Lebih Baik

"Bayangkanlah jika sejak 1981 bermakna sudah 32 tahun MBKT mengenalkan tahap cukai pintu, sedangkan aset semasa sudah meningkat berapa kali ganda...Sedangkan nilai aset berkenaan meningkat beberapa kali ganda dari tahun ke tahun, berbanding kadar cukai pintu yang tidak pernah dinaikkan."

Kerajaan negeri Terengganu sedia menimbang untuk menyemak semula kadar cukai pintu di kawasan kelolaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) jika ada permohonan daripada MBKT.

Walaupun demikian, rakyat dalam kawasan MBKT jangan terlalu bimbang jika terbaca atau terdengar berita bahawa Kerajaan Negeri sedang menimbang untuk menaikkan kadar cukai pintu.

Penduduk dalam kaawasan ini perlu mempertimbangkan dengan penuh rasional dan adil sebab dan kenapa kadar itu wajar disemak semula oleh MBKT.

Apa pun, sebelum membuat keputusan itu kerajaan akan menjalankan kajian terlebih dahulu.

Kerajaan negeri akan mengkaji dahulu sebarang cadangan dan membuat semakan dengan mendalam setelah sekian lama ia tidak dinaikkan kerana ingin menjaga hati rakyat.

Semakan semula itu dijangka dibuat tahun hadapan dengan mengikut nilaian semasa dan keputusan hanya akan dibuat selepas pertimbangan dinilaai daaripada pelbagai sudut, sekiranya ada permintaan daripada MBKT.

MBKT sejak 1981 tidak menaikkan cukai pintu dan sangat tidak adil bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) beterusan menanggung beban berkenaan.

Bayangkanlah jika sejak 1981 bermakna sudah 32 tahun MBKT mengenalkan tahap cukai pintu, sedangkan aset semasa sudah meningkat berapa kali ganda.

Malah, kerajaan negeri membayar pengambilan semula tanah dan rumah kepada penduduk dalam kawasan MBKT mengikut pasaran semasa.

Sedangkan nilai aset berkenaan meningkat beberapa kali ganda dari tahun ke tahun, berbanding kadar cukai pintu yang tidak pernah dinaikkan sejak 32 tahun lalu. Suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah rakyat mahu perkhidmatan semakin baik, dari segi penyelenggaraan jalan dan longkang.

Sewajarnya untuk perkhidmatan itu rakyat perlu membayar cukai.

Menyediahkan kerana ketika ini, cukai antara RM50 hingga RM100 setahun pun rakyat tidak mahu bayar yang bermakna tiada sumbangan apa-apa daripada rakyat untuk MBKT.

Sepatutnya penilaian untuk kenaikan cukai pintu dibuat lima tahun sekali, namun di Kuala Terengganu cukai pintu tidak dinaikkan sejak 32 tahun lalu berbanding daerah lain yang membuat penilaian cukai pintu selang lima tahun sekali.

Kerajaan wajar membuat nilaian yang menggambarkan nilai aset sebenar dan rakyat perlu faham mengenai perkara ini.

Selain itu, rakyat sewajarnya menerima perubahan serta kenaikan yang akan dilaksanakan itu dengan rasional memandangkan kos pengurusan yang semakin naik selain bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk.

Berikutan itu, ketika ini kajian sedang dilakukan untuk mengetahui dan melihat beban yang terpaksa ditanggung oleh MBKT yang dikatakan terlalu tinggi dan cara mengatasinya ialah hasil cukai pintu yang munasabah.

Rakyat perlu faham bahawa apabila hasil tidak bertambah, beban MBKT makin berat manakala belanja mengurus makin meningkat.


Ketika ini 60 peratus daripada hasil cukai yang sepatutya dipungut diperuntukan bagi menjaga kebersihan PBT. Oleh kerana kadar cukai yang rendah, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM350 juta setahun untuk diagihkan kepada lapan PBT di seluruh negeri ini bagi perbelanjaan mengurus dan perkhidmatan PBT untuk keselesaan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata semalam, untuk 2014, MBKT masih mengekalkan cukai pintu mengikut nilai semasa tahun lalu, iaitu lima hingga 15 peratus nilai tahunan harta dan pegangan.

Cukai berkenaan merangkumi bangunan kediaman, bangunan komersial, bangunan industri serta tanah pertanian.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan (Angkat Sumpah) Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Anggota-Anggota Majlis PBT Terengganu 2014-2015, di Wisma Darul Iman, Rabu lalu, Menteri Besar berkata pertimbangan untuk menaikkan kadar itu berdasarkan beban yang terpaksa ditanggung oleh MBKT.

Ketika ini kos pengurusan yang terlalu tinggi berbanding pendapatan yang diperolehi menerusi cukai pintu yang amat rendah.

Katanya kadar cukai pintu sedia ada akan terus dilaksanakan sehingga seawal tahun depan dan selepas itu pelaksanaan tarif baru mungkin dilaksanakan.

Kenaikan yang dicadangkan ini tidak melibatkan PBT lain dan dengan pelaksanannya MBKT dijangka akan dapat mengurangkan beban kerajaan negeri yang memperuntukkan kira-kira RM50 juta setahun bagi kos pengurusan PBT berkenaan.


Berbanding dalam Kerajaan Selangor, tiada pun PBT yang mendapat peruntukan kerajaan negeri kerana masing-masaing sudah boleh berdikari seperti Ampang Jaya, Kelang dan Shah Alam masing-masing mempunyai pendapatan lebih RM100 juta setahun.

Sementara Bandar Raya Kuala Lumpur, hampir RM 4 bilion setahun yang mengatasi pendapatan kebanyakan negeri di negara ini.

Sudah pasti pengumuman kerajaan negeri seperti ini menjadikan rakyat merasa sedikit kurang selesa, namun jika diberikan penjelasan yang baik dan telus, rakyat akan faham akhirnya.

Yang kita bimbang ialah ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab memutarbelit cadangan yang akan memberikan kebaikan kepada MBKT untuk menyediakan perkhidmatan lebih efisen dan berguna kepada rakyat.

Berikutan itu penduduk dalam kawasan MBKT hendaklah menilai cadangan ini dengan penuh kewajaran dan meletakkan kepentingan kecekapan dan kebersihan sebagai keutamaan dalam menilai mengapa cukai pintu wajar dinaikkan.

Rakyat juga perlu fahaman bahawa jika selama tempoh 32 tahun MBKT terpaksa bergantung kepada peruntukan Kerajaan Negeri, kini tiba masanya rakyat atau penduduk dalam kawasan MBKT turut sama membiayai perbelanjaan.

Ia semata-mata bagi mendapatkan mutu perkhidmatan semakin baik termasuk penyelenggaraan jalan dan longkang selain menjamin Kuala Terengganu menjadi bandar raya bersih dan indah untuk didiami.

Sebahagian besar bahan ini sudah disiarkan melalui BICARA TERENGGANUKITA, Trg FM, Khamis 16 Januari 2014, jam 1.30 tengahari.


No comments:

Post a Comment