![]() |
Ahmad Said melawat orang tua ketika turun padang dalam DUN Kijal, kelmarin. |
"Untuk kawasan perindustrian di Bukit Kalong di Kemaman, kita mendapat bekalan yang disalurkan oleh Petronas dengan kos RM50 juta," katanya kepada pemberita, di Kemaman, semalam.
Beliau ditanya mengenai kemungkinan Terengganu mengalami masalah bekalan air yang dilapor berlaku di beberapa kawasan di negeri lain, susulan musim kemarau yang melanda negara sekarang.
Sementara itu, Ahmad Said meminta rakyat di Terengganu agar tidak membuat pembakaran terbuka atau membuang puntung rokok sesuka hati sepanjang musim kemarau ini.
Kebakaran amat mudah berlaku ketika musim panas kering ini, terutama di kawasan tanah gambut, katanya.
Mengenai kebakaran hutan yang berlaku sejak 26 Januari lalu di Dungun, Ahmad Said berkata pihak bomba masih melakukan kerja-kerja memadam di samping melakukan pemantauan di kawasan yang telah dipadamkan.
Terdahulu beliau mengagihkan bantuan banjir bagi penduduk di kawasan Dun Kijal.
Hadir sama Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur Wan Mohd Hasnan Abdullah. Sementara itu Wan Mohd Hasnan berkata Petronas memperuntukkan RM5 juta untuk diagih kepada mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Daripada jumlah itu RM3.4 juta untuk Terengganu, terutama di Kemaman yang teruk dilanda banjir pada awal Disember lepas, katanya.
Dalam majlis itu 83 penduduk Padang Kubu dan Sungai Mas dalam Dun Kijal menerima bantuan seperti televisyen dan peti sejuk selain selimut serta bantal. Bantuan itu merupakan sumbangan kerajaan pusat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kelab Putera 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment