Friday, February 21, 2014

Pantai Batu Burok Akan Diwarta Kawasan Bebas Rokok


Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju dengan cadangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) untuk mewartakan kawasan Pantai Batu Burok sebagai kawasan bebas asap rokok yang pertama di negeri ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berkata pada dasarnya, kerajaan negeri bersetuju menjadikan kawasan peranginan dan rekreasi itu sebagai kawasan bebas merokok berikutan tempat itu juga berdekatan dengan hospital.

"Kita akan berbincang dalam mesyuarat kerajaan negeri minggu hadapan dan kita akan meluluskan perkara ini," katanya dalam sidang media pada majlis Penyerahan Dana kepada JKNT di Kuala Terengganu, kelmarin.



Turut hadir Pengarah JKNT Datuk Dr Anwa Sulaiman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusuf.

Ahmad berkata mereka yang merokok di kawasan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 iaitu denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun jika sabit kesalahan.


No comments:

Post a Comment