Friday, February 14, 2014

Festival TMM 2014 Le Tour De Langkawi Di Terengganu Mac Ini

Sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2014, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu akan menganjurkan satu festival bermula 4 Mac ini.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu Mohd Sabri Zakaria berkata karnival lima hari itu yang dianjurkan dengan kerjasama Warisan Bistari Aman Sdn Bhd, akan diadakan di Dataran Syahbandar di Kuala Terengganu.

"Kita adakan Festival TMM 2014 Le Tour de Langkawi bagi menarik lebih ramai pelancong dan pengunjung ke negeri ini untuk memperkenalkan kebudayaan dan aktiviti pelancongan di Terengganu.

"Pelbagai aktiviti dirancang termasuk demonstrasi Kebudayaan dan Warisan Terengganu yang akan memperkenalkan permainan seperti gasing, cara membuat wau dan batik, persembahan rodat dan sepak raga," katanya dalam sidang media sempena pengumuman Acara dan Penaja Festival TMM 2014 Le Tour de Langkawi di Kuala Terengganu, kelmarin.

Beliau berkata pelbagai gerai jualan, pameran dan pertandingan permainan mini akan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 11 malam. Festival itu menyasarkan kunjungan kira-kira 6,000 orang dari dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment