Saturday, February 8, 2014

Pahang Kalahkan JDT, Penyokong JDT Buat Kecoh

Pemain Pahang, Matias Ruben Conti (depan) meraikan gol pertama jaringannya bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super menentang Johor DT di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Dua pasukan Terengganu, T-Team dan Terengganu akan bermain dalam Liga Super, hari ini.

Terengganu akan bertemu Lions XII lwn di Singapura pada jam 7.45mlm, sementara T-Team melayani Angkatan Terntera Malaysia (ATM) di Stadium Nasiruddin Shah jam 8.45 malam

Perlawanan lain ialah Perak lwn Kelantan dan Sime Darby lwn Selangor.

Semalam Pahang menghampakan Johor Darul Takzim (Johor DT) 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur Kuantan.

Jaringan oleh penyerang Pahang, Matias Conti, Mohd. Fauzi Roslan dan Mohd. Hafiz Kamal membolehkan skuad kendalian Ronald Smith itu memperoleh tiga mata berharga pada perlawanan yang hampir berkesudahan seri.

 Polis terpaksa mententeramkan penyokong Johor DT yang tidak berpuas hati selepas pasukan mereka tewas 2-3 kepada Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. 
Ekoran kekalahan Johor DT,penyokongnya tidak puas hati dan hampir melakukan kekecohan di luar stadium, namun keadaan dapat ditenteramkan oleh pihak polis.

Pasukan pelawat dilihat lebih bertenaga pada awal permainan untuk mencari gol awal, tetapi usaha mereka mudah dipatahkan pertahanan Tok Gajah yang diketuai Mohd. Nizam Miswan.

Pahang yang mengamalkan corak permainan pantas pada perlawanan tersebut, turut memiliki peluang untuk membolosi gawang lawan namun percubaan Damion Stewart menerusi tandukan pada minit ke-10 terus ke dakapan penjaga gol lawan, Norazlan Razali.

Dua minit selepas itu, Conti sekali lagi menjadi tumpuan. Selepas berlaku keadaan kucar-kacir di luar kotak penalti, Conti berjaya mencuri bola sebelum melakukan gerakan solo dengan menggelecek beberapa pertahanan Johor DT dan mudah menewaskan Norazlan bagi membolehkan Pahang mendahului 1-0.

Pada penghujung permainan separuh masa pertama, kealpaan barisan pertahanan Pahang dihukum oleh penyerang Johor DT, Pablo Aimar yang berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui tendangan deras daripada luar kotak penalti pada minit ke-45.

Dua minit perlawanan separuh masa kedua bermula, Fauzi berjaya mencatat nama sebagi penjaring apabila meledak gol kedua Pahang sebelum penyerang gantian Johor DT, Mohd. Safee Sali menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-72.

Ketika perlawanan dilihat akan berakhir dengan keputusan seri, Mohd. Hafiz berjaya menghadiahkan tiga mata berharga kepada Pahang apabila menjaring gol kemenangan selepas menanduk bola hasil sepakan percuma oleh Azidan Sarudin pada minit-minit terakhir perlawanan.

Keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dalam satu lagi aksi Liga Super semalam, Sarawak menewaskan Selangor PKNS 2-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Gol Sarawak dijaringkan oleh Milorad Janjus pada minit kesembilan dan Gabor Gyepes pada minit ke-16.

No comments:

Post a Comment