
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata kesemua pemain itu bersedia mengangkat sumpah itu pada bila-bila masa.
"Kita masih menunggu tarikh sesuai untuk mengangkat sumpah Al-Quran berkenaan. Kesemua pemain bersedia melakukan perkara itu pada bila-bila masa," katanya semalam.
Kelmarin, Menteri Besar Terengganu itu meminta para pegawai dan pemain T-Team mengangkat sumpah Al-Quran berhubung insiden pada perlawanan Piala FA ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Feb lepas.
Ab Rasid berkata T-Team juga akan memberi tumpuan kepada saingan Liga Super selepas ini. "Sudah pasti kita akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan Liga Super.
Bahkan kita akan bermain bersungguh-sungguh dalam memastikan dapat menyaingi pasukan lain untuk memperbaiki kedudukan Liga Super," katanya.
No comments:
Post a Comment