Sunday, March 2, 2014

Apabila Pemimpin ‘Gong’ Mengulas Isu Saman Hadi…


Maka berkatalah Satiful Bahri Mamat bahawa saman sebanyak RM2 juta oleh bekas calon PKR terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menjejaskan imej parti berkenaan.

Kalau pun mahu pertahankan Presiden parti, biarlah pakai logik bukan pakai mulut.

Sudah ada pemimpin PAS dan penyokong yang mempersoalkan kredibiliti Hadi kerana membuat kenyataan yang boleh disifatkan sebagai fitnah.

Walaupun tidak menyatakan secara terang-terangan, mereka ini merasakan kenyataan Hadi pada satu ceramah pada tahun lalu itu keterlaluan.

Sepatutnya Saiful tidak menghangatkan lagi keadaan dan biarlah peguam yang menyelesaikan di mahkamah dan jangan sekali-kali kaitkan dengan soal sokongan kepada PAS!

Ada juga kalangan pemimpin pembangkang yang menjadi sekutu PAS melihat isu ini sebagai 'memalukan parti berkenaan'.

Nampak sangat Pesuruhjaya PAS Terengganu ini ‘tidak cerdik’ sedangkan ‘fitnah’ yang dibuat oleh Hadi kepada kepada bekas calon berkenaan ternyata mengaib dan menjatuhkan keluarga berkenaan dan memberikan gambaran buruk kepada PAS.


Lagipun isunya bukan RM2 juta kerana fitnah tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Lagipun Satiful sebagai pemimpin PAS tahu bahawa Islam melarang umatnya membuat fitnah, hatta kepada bukan Islam pun. Bukankah fitnah itu ‘lebih kejam daripada membunuh’?

Pada 23 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul Mat Amin selepas gagal hadir untuk menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lalu.


Pada Khamis lepas, Abdul Hadi menfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah itu.

Semalam Satiful yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu mengatakan saman bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Hadi menyebabkan parti itu akan terus menerima sokongan.

 Sokongan? Kerana bersimpati dengan Hadi? Kerana disaman RM2 juta?

Kalau beginilah sikap penyokong PAS, alamatnya PAS akan semakin menjadi parti memfitnah dan ahli PAS turut bersekongkol dengan pemimpin yang membuat fitnah.

Hadi sepatutnya dibawa ke mesyuarat tertinggi parti untuk dibicarakan kerana bukan sahaja membuat fitnah, malah engkar perintah mahkamah. Selain itu Hadi juga enggan meminta maaf!

Inikah sikap pemimpin yang mendakwa menjadi Presiden ‘Parti Islam’?

Namun, siapa berani mengusulkan Hadi 'dibicarakan'?

ADUN Paka ini  sewajarnya jangan terlalu taksub hingga mengatakan PAS akan menerima sokongan kerana pemimpinnya membuat fitnah.

Rasanya tiada penyokong PAS yang gemarkan pemimpin mereka membuat fitnah atau bercakap ‘ikut sedap mulut’ sahaja.

Kenapa Mohd Sabu dan Mahfuz Omar kalah dalam pemilihan PAS? Bukankah kerana penyokong PAS meluat dengan ‘mulut becok’ mereka?

Dalam kes Hadi ini, ia bukan dibuat-buat tetapi Hadi membuat tuduhan bersifat fitnah yang menjatuhkan air muka seseorang dan keluarganya.

Lebih menggelikan hati dan memang Satiful ini ‘kurang akal’ apabila mengatakan isu seperti ini fenomena setiap kali adanya pilihan raya kecil (PRK) seperti PRK Kuala Besut hinggalah ke PRK Kajang.

Jadi terbukti sudah bahawa PAS ini kaki fitnah setiap kali berkempen untuk dapatkan sokongan pengundi kerana menurut Satiful ia fenomena setiap kali diadakan pilihan raya.

Apa punya 'bangang' kenyataan sedemikian.

Satiful benar-benar menjatuhkan maruah parti dan pemimin PAS yang lain.

Patutlah Satiful ini dilihat pemimpin ‘gong’ (istilah orang Terengganu untuk menyatakan seseorang yang perasan dirinya bagus dan bercakap melalut) oleh kalangan pemimpin PAS sendiri.

Tidak diketahui bagaimana Hadi boleh melantik beliau menggantikan Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Pesurruhjaya PAS Terengganu.

Sedangkan Wahid begitu berjasa apabila ketika beliau menjadi Pesuruhjaya PAS, kerusi DUN menjadi 12 daripada 32 kerusi DUN dan Parlimen PAS kini empat daripada lapan, suatu pertambahan yang besar pada pilihan raya umum yang lalu.

Sebaliknya Satiful yang entah apa jasa dan sumbangannya dipilih dan kini mmbuat kenyataan ‘tidak cerdik’ mengenai isu Hadi kena saman RM2 juta ini.

No comments:

Post a Comment