
Lelaki berusia 28 tahun itu melarikan sebuah lori tiga tan di tepi Jalan Besar Kuala Berang selepas meloloskan diri dari IPD itu setelah gagal mencuri kenderaan polis pada kira-kira 4 petang.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata ekoran kemalangan itu, suspek tersepit di tempat duduk pemandu dan dapat dikeluarkan oleh pihak bomba.
"Dia kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi semaalam.
Hasil ujian air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah.
Lelaki itu kini ditahan di lokap IPD untuk membantu siasatan kes itu di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan, katanya ketika dihubungi semalam.
No comments:
Post a Comment