Wednesday, March 5, 2014

Khalwat - Kes Ahli Politik Wanita, Pasangan Dari Terengganu Disebut 19 Mac

Kes seorang ahli politik wanita yang dituduh berkhalwat dengan pasangannya di sebuah hotel di Kangar semalam, akan disebut di Mahkamah Syariah di Kangar, pada 19 Mac ini.

Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) berkata, kedua-duanya telah bebaskan selepas diikat jamin sebanyak RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

"Kedua-duanya akan didakwa mengikut Seksyen 9, Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 Negeri Perlis yang membawa denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan," katanya di Kangar, semalam.

Dalam laporan akhbar semalam, wanita berusia 34 tahun yang difahamkan seorang janda tanpa anak itu ditahan di dalam sebuah bilik bersama pasangannya berusia 47 tahun berasal dari Terengganu, pukul 1.30 pagi semalam.

Bahagian Penguat Kuasa JAIPs dikatakan telah menjalankan operasi bermula pukul 10 malam selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

Hasil serbuan itu lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala dan kemeja T manakala wanita itu pula berada di atas katil dengan memakai baju lengan panjang dan berkain batik.

Selain itu, kedua-duanya juga mengaku tiada sebarang ikatan perkahwinan.

No comments:

Post a Comment