Wednesday, March 5, 2014

PAS Minta Kaji Semula Projek Tambak Sungai


Pas menggesa kerajaan negeri mengkaji semula projek penambakan Sungai Terengganu berdekatan muara sungai itu kerana menjejaskan banyak pihak termasuk industri pembuatan bot tradisi, aktiviti bot penambang dan pelancong.

Malah, mereka mendakwa projek tersebut bakal menyebabkan berlakunya banjir sehingga mengancam keselamatan penduduk sekitar.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, kerajaan sewajarnya memberi perhatian serius masalah itu demi kepentingan semua pihak dan bukannya melaksanakan pembangunan sehingga mengundang malapetaka dan menjejaskan pendapatan rakyat.

Beliau berkata, Sungai Terengganu perlu dipelihara dengan baik sesuai dengan nama Bandar Raya Warisan Pesisir Air yang telah diisytiharkan pada 2004 sehingga sekarang.

Menurutnya, pembinaan projek penambakan seumpama itu telah menjejaskan warisan maritim di kawasan tersebut terutamanya pembuat bot tradisional terkenal di seluruh dunia.

"Di kawasan ini banyak pengusaha bot-bot tradisional yang menjadi ikon antarabangsa. Projek tambak ini bukan sahaja menjejaskan sungai itu sendiri, malah industri bot atau kapal akan hilang dan pupus," katanya.

Utusan Online

No comments:

Post a Comment