Wednesday, March 5, 2014

Tersilap Percaturan Buat Anuar Manan Kempunan Podium

Kerana tersilap percaturan, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Anuar Manan semalam  terlepas peluang menaiki podium dan terpaksa berpuas hati di tangga ke-10, sekali gus menjadi pelumba terbaik Malaysia dalam peringkat keenam Le Tour de Langkawi 2014.

Menurut pelumba berusia 27 tahun itu, beliau meletakkan diri dalam kelompok pelumba pecut Theo Bos (Belkin-Pro Cycling Team) dan Andrea Guardini (Astana Pro Team) kerana menyasarkan mereka akan menguasai perlumbaan dan terlepas pandang pelumba pasukan Androni Giocatolli-Venezuela yang mengungguli peringkat semalam.

Kenny Van Hummel dari Belanda menamatkan perlumbaan dalam ’bunch sprint’ mendahului pelumba Lithuania daripada pasukan Orica Greendedge, Aidis Kruopis dan pelumba Amerika Syarikat Ken Hanson daripada pasukan UnitedHealthcare Pro Cycling. Ketiga-tiga mereka menamatkan perlumbaan dengan catatan masa empat jam, 29 minit dan 46 saat.




"Saya agak Guardini atau Theo Bos boleh menang, jadi saya pun ikut belakang Guardini dan hendak jolok dia tetapi tengok dia pun lambat keluar ke depan.

Kalau hari ini Guardini atau Theo Bos pergi awal tadi, podium untuk sayalah hari ini," katanya ketika ditemui pemberita.

Selepas peringkat keenam dari Melaka ke Pontian hari ini, pasukan TSG berada di kedudukan kelima terbaik Asia di belakang pasukan kebangsaan Malaysia selepas mengumpul 59’59:11s, pasukan ke-18 keseluruhan.

No comments:

Post a Comment