Anwa
Sulaiman (tengah) melawat ketua jururawat, Siti Nor Abd. Karim yang turut
dirawat akibat keracunan makanan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala
Terengganu, Terengganu, semalam.
|
Pengarahnya, Datuk Dr. Anwa Sulaiman berkata, sekiranya berdepan dengan situasi berkenaan, para petugas di klinik-klinik tersebut diharap dapat merujukkan kes itu ke hospital dengan seberapa segera.
"Pada masa sama, pihak jabatan juga ingin meminta orang ramai khususnya mereka yang mempunyai simptom-simptom selepas membeli makanan di pasar malam di Dataran Shahbandar dan Hiliran di Kuala Terengganu, terutamanya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu supaya mendapatkan rawatan segera di klinik-klinik atau hospital berdekatan.
"Ini bagi membolehkan kes tersebut dirawat dengan lebih awal," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Kelmarin, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia akibat keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada makanan yang dibeli bapanya di sebuah pasar malam di kawasan berkenaan, Sabtu lalu.
Mangsa, Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme dari Taman Desa Salam, Bukit Payung, Marang yang mengalami cirit-birit dan muntah sejak kelmarin meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang semalam ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Dalam pada itu, Dr. Anwa memberitahu, pihaknya akan membuat pemeriksaan dan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap para peniaga, khususnya di kawasan pasar malam termasuk menyampaikan taklimat berkaitan pendidikan kesihatan kepada mereka.
"Dalam kes ini, saya melihat ini mungkin berkait dengan amalan yang dilakukan peniaga terbabit iaitu tidak mengendahkan faktor kebersihan.
"Sehubungan itu, pihak jabatan menyeru kepada semua peniaga, khususnya di pasar malam supaya sentiasa mengutamakan kebersihan premis dan makanan yang disediakan," katanya.
Beliau turut menasihatkan peniaga supaya memastikan makanan yang dijual selamat dimakan, jaga kebersihan dapur serta amalkan etika kerja baik seperti membasuh tangan, memakai apron dan menggunakan penyepit.
No comments:
Post a Comment