Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM400 juta untuk pembinaan hospital pembelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Katanya terserah kepada kerajaan persekutuan untuk menentukan pemilihan kontraktor yang akan bertanggungjawab terhadap pembinaan projek itu.
"Hospital UniSZA yang dijangka menyediakan 400 katil itu membolehkan universiti menawarkan program pasca siswazah di bawah fakulti perubatannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan kunci kepada 66 penduduk di Pangsapuri Ladang Gemilang 2 di Kuala Terengganu, kelmarin.
Berikutan penubuhan hospital itu kelak, UniSZA akan menjadi antara institusi pengajian tinggi yang mempunyai hospital perubatan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia yang mempunyai hospital seumpama itu di negara ini.
No comments:
Post a Comment