Monday, March 24, 2014
PRK Kajang: PKR Menang, Majoriti Susut
Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan penguasaannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti 5,379 undi.
Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berjaya memperoleh sebanyak 16,741 undi.
Dengan keputusan itu, Wan Azizah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman kira-kira pukul 9.05 malam, semalam.
Turut hadir di pusat penjumlahan undi di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Sehingga proses pengundian ditutup secara rasmi pada pukul 5 petang semalam, seramai 28,314 atau 72 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Pada PRU-13, PKR menang di kerusi DUN Kajang menerusi wakilnya, Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824.
Lee bagaimanapun mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil menerusi rancangan 'langkah Kajang' yang dirancang PKR.
No comments:
Post a Comment