Thursday, March 20, 2014

Terengganu Sumbang RM10,000 Dan Peralatan Komputer Untuk SK Pulau Redang

Ahmad Said berbual mesra dengan seorang penduduk ketika melawat salah sebuah rumah di Pulau redang semalam.


Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang Terengganu akan menerima sumbangan 10 buah komputer dan RM10,000 daripada kerajaan negeri untuk kemudahan proses pembelajaran.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sumbangan itu sebagai insentif kepada murid-murid sekolah itu melakukan lebih banyak aktiviti berkaitan ilmu perkomputeran dan mencari bahan rujukan.

"Kami sudah berbincang dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Redang dan permintaan mereka mendapatkan komputer serta bahan rujukan akan diluluskan," katanya semalam.

 SK Pulau Redang mempunyai kira-kira 250 pelajar.

Terdahulu menteri besar dan rombongan anggota Exco negeri meninjau Tapak Projek Perumahan di Pulau Redang.

Ahmad Said berkata kerajaan negeri turut menaja 10 pelajar Terengganu untuk mengikuti kursus automatif di Jerman.

"Saya juga akan ke sana (Jerman) bagi menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat-syarikat gergasi automotif seperti Mercedes Benz dan BMW bagi membolehkan mereka (10 pelajar berkenaan) menjalani latihan di sana," katanya.

Justeru beliau berharap 10 pelajar itu dapat mendalami ilmu sebaik mungkin bagi membolehkan mereka membawa pulang kemahiran ke tanah air.

No comments:

Post a Comment