Wednesday, March 19, 2014

UniSZA Bantu Penduduk Kampung Komersilkan Ubi Gadung

Imbas kembali...Datuk Seri Ahmad Said pada satu majlis memperkenalkan ubi gadung dengan kakitangan UniSZA di Kuala Terengganu pada 2010.
Projek penyelidikan ubi gadung pada awalnya menjadi bahan permainan politik apabila geran yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada institusi itu dianggap suatu pembaziran dan sia-sia.

Malah ramai mempersendakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kerana bersetuju menyediakan geran berkenaan kepada  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebanyak RM2.2 juta.

Kini UniSZA bersedia merintis penanaman ubi gadung secara komersil di kawasan seluas 80 hektar di Pasir Akar, Besut mulai Jun depan.

Ketua Kluster Bio-Perubatan UniSZA, Prof. Dr. Abdul Manaf Ali berkata, projek perladangan itu digerakkan susulan hasil kajian mendapati potensinya yang cukup besar dan tumbuhan itu boleh ditanam di kawasan berpasir.

"Kualitinya adalah sama seperti yang tumbuh secara meliar di dalam hutan dan belukar. Kita sudah berjaya membuang racun di dalamnya dan boleh dijadikan bahan makanan termasuk kek, muffin dan biskut dengan rasa yang tersendiri," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi UniSZA di Kuala Terengganu, kelmarin.

Dengan geran RM2.2 juta diterima pada tahun 2010, pelbagai kajian mengenai tanaman itu dilakukan termasuk agronomi, etnobotani, morfologi, anatomi, taksonomi, germplasm, pembiakbakaan, penyaringan fitokimia, pencarian kimia seni dan pengkomersialan.



"Sudah tiba masanya, kajian ini memasuki fasa baharu iaitu untuk tujuan pengkomersialan yang kelak akan menarik melibatkan penduduk kampung agar menjadi punca pendapatan baharu bagi mereka," katanya.

Katanya, penggunaan tepung ubi berkenaan dalam industri pembuatan makanan juga adalah unik kerana ia turut mempengaruhi kelainan dalam tekstur dan rasa yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Menurut Abd Manaf, sehubungan itu juga UniSZA akan mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk penyelidikan lanjut mengenai bio-pestisida dalam ubi gadung.

"Bio-pestisida boleh digunakan untuk menghasilkan racun serangga selain kegunaan untuk sumber makanan dan farmaseutikal," katanya.

"Begitu juga dengan penggunaan ubi gadung untuk sumber makanan tambahan kepada haiwan ternakan dan kesemua ini membolehkan penanamannya secara komersial dilakukan lebih meluas selepas ini

No comments:

Post a Comment