Kira-kira 50 peratus ibu tunggal di negeri ini bertemu jodoh melalui insentif perkahwinan yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu.
Pengarah YPK, Shafaruddin Mustaffa berkata selain bertemu jodoh dengan golongan bapa tunggal, terdapat juga ibu tunggal yang berkahwin semula dengan anak teruna dan bapa tunggal berkahwin semula dengan anak dara
Beliau memberitahu Bernama, ini menunjukkan matlamat YPK untuk mempertemukan semula jodoh ibu tunggal dan bapa tunggal mencapai kejayaan.
Terdapat kira-kira 20,000 ibu tunggal dan 3,000 orang bapa tunggal yang berdaftar di bawah YPK setakat ini
Beliau turut berkata YPK merancang akan mengadakan program perkahwinan perdana dalam kalangan golongan muda tahun ini.
Sebagai projek perintis, kira-kira 400 pasangan akan terlibat dengan program tersebut yang dirancang dilaksanakan selepas bulan Ramadan, katanya.
No comments:
Post a Comment