Friday, April 11, 2014

Ahmad Said Beri Amaran Kepada Pasukan T-Team



Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menuntut pasukan bola sepak T-Team meningkatkan prestasi supaya tidak tercicir ke Liga Perdana.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberi amaran kepada pihak pengurusan dan pemain T-Team bahawa kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk membubarkan pasukan itu sekiranya tidak menyerlah dalam liga musim ini.

“Kerajaan negeri mengharapkan skuad T-Team dapat meningkatkan mutu permainan mereka bagi menggelakkan daripada turun ke Liga Perdana, musim depan.

“Sekiranya perkara itu berlaku kerajaan negeri tidak ada pilihan selain menggugurkan pasukan T-Team daripada beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mutu permainan pasukan T-Team pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Negeri Kepada Ketua Kontijen Pendaki Gunung Everest 2015 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Pasukan T-Team kini menghuni tangga menghuni tangga sembilan dengan meraih 13 mata daripada 12 perlawanan dalam Liga Super 2014.

Ahmad Said berkata, kerajaan negeri sudah berbelanja jutaan ringgit untuk menguruskan dua pasukan, iaitu T-Team dan Terengganu dan mahu melihat kedua-dua pasukan itu menunjukkan permainan terbaik mereka.

“Kita harap T-Team dapat bangkit dan menggelakkan daripada turun beraksi dalam Liga Perdana. Jika tidak, tiada lagi kelibat pasukan T-Team dalam Liga M musim depan.

“Sebelum ini, kita telah beritahu sekiranya gagal dan tidak kekal divisyen sekarang, kita tidak teragak-agak untuk bubar pasukan ini kerana kerajaan negeri telah melabur banyak, tetapi tidak ada kejayaan yang dicapai mereka,” katanya.

T-Team di bawah bimbingan Azraai Khor Abdullah kini menghuni tangga sembilan liga dengan meraih 13 mata daripada 12 perlawanan.

TeganuKita.My

No comments:

Post a Comment